TM dalam satu kenyataan hari ini juga menjelaskan bahawa menara pencawang tempat kejadian itu berlaku juga bukan milik TM.

“TM sentiasa meletakkan keselamatan sebagai keutamaan bagi semua pekerjanya dan kontraktor, terutamanya mereka yang bekerja di tempat yang tinggi dan ruang terkurung.

“Kami mempunyai garis panduan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (OSHE) yang digubal dan kami terus melatih dan membimbing kontraktor kami,” katanya.

Dalam kejadian itu, dua lelaki berusia 48 dan 28 tahun patah tangan dan kaki selepas terjatuh dari sebuah menara pencawang dan tersangkut di ketinggian 30.48 meter dalam kejadian pada pukul 4.30 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan yang sama iaitu patah tangan kanan dan kaki kanan serta bahagian muka.

Mangsa berjaya diturunkan rakan sekerja sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. - BERNAMA