Dalam kejadian ribut serta hujan lebat di daerah Kuala Muda, kira-kira pukul 4 petang itu, sebanyak 19 kes pokok tumbang turut direkodkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah itu, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan.

KEJADIAN ribut yang berlaku di Bandar Laguna, Merbok, Sungai Petani, Kedah
KEJADIAN ribut yang berlaku di Bandar Laguna, Merbok, Sungai Petani, Kedah, petang tadi. - UTUSAN ONLINE

Katanya, mangsa ialah Safinaz Osman, 39, dan Nazri Yahya, 47.

“Banyak tempat berlaku kes pokok tumbang dalam kejadian ribut kali ini. Empat pasukan telah digerakkan untuk menangani kes pokok tumbang yang berlaku,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Menurut beliau, antara kawasan terlibat dalam kejadian pokok tumbang ialah di Jalan Hospital Lama Sungai Petani; Kilang Famosa; Taman Ria; Perumahan Bukit Banyan; Petronas Laguna Merbok; Jalan Lencongan Timur dan Sungai Petani Simpang 4.

Katanya, selain itu, Darulaman Perdana, Harvard Golf Club; Jalan Inang; Kilang Ideal PKNK, Taman Ria; Jalan Sultan Abdul Halim; Jalan Kenangan 6, Ambangan Height; Sungai Lalang dan Taman Desa Jaya.

“Turut terlibat Kilang Kimbaru Jalan Cinta Sayang Resort; Persiaran Cempaka Bandar Amanjaya; Kampung Ekor Lubuk Sidam Kiri; Taman Zon Mawar; Kampung Sungai Tukang dan Bandar Amanjaya,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, kesemua pokok yang tumbang di jalan-jalan itu telah dapat dibersihkan kira-kira pukul 9 malam. - UTUSAN ONLINE