hangus dalam kebakaran awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.48 pagi ketika semua ahli keluarga mangsa sedang tidur, dua beradik tersebut gagal diselamatkan kerana api marak terlalu cepat.

Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 16, dan adiknya Nur Ain Sumayyah, 13, dipercayai terperangkap dalam bilik tidurnya dan akhirnya rentung.

Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian pada pukul 3.03 minit pagi dengan dua pasukan bomba dari balai Banting dan Sepang dikejar untuk operasi pemadaman.

“Rumah tersebut terbakar 100 peratus dan dua mangsa berusia 13 dan 16 maut selepas terperangkap,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE