Mangsa, Wang Ngee Hui, 41, yang gagal dihubungi selepas keluar ke laut sejak semalam ditemukan pada jarak kira-kira 40 kilometer barat laut Miri oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 11.15 pagi.

Siasatan mendapati bot mangsa mengalami kerosakan pada enjin manakala alatan komunikasi tidak dapat digunakan sehingga dia terpaksa melabuhkan sauh.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, selepas ditemukan, mangsa dibawa ke jeti Marina Bay untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pukul 12.35 tengah hari.

“Kita juga menasihatkan kepada mereka yang turun ke laut agar supaya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan,” lapor Utusan Borneo hari ini.

Kehilangan pemancinf itu dilaporkan ayahnya kira-kira pukul 4.30 petang, semalam apabila dia gagal dihubungi dan tidak pulang selepas berlepas dari jeti Kampung Muhibah, Kuala Baram ke laut untuk memancing.- UTUSAN ONLINE