Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.52 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dengan kekuatan 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan kipas ekzos di bahagian dapur restoran dan terus menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran hanya melibatkan kawasan dapur dan berjaya dikawal pada pukul 1.26 petang. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE