Mangsa, Muhamad Faiz Mustaffa, 22, pada mulanya mandi bersama-sama rakannya sebelum dia cuba menyusuri jeram dan laluan berbatu sebelum tergelincir lalu terjatuh kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Mangsa terjatuh dan menggelongsor ke bawah lalu mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

ANGGOTA bomba dan rakan membantu Muhamad Faiz
ANGGOTA bomba dan rakan membantu Muhamad Faiz selepas terjatuh setinggi 80 meter ketika mandi di Air Terjun Sagil, Tangkak, Johor pukul 2.30 petang tadi. - UTUSAN ONLINE/Ihsan JBPM

Muhamad Faiz beralamat di Kampung Parit Bingan, Mukim 8, Parit Raja, Muar, dekat sini, yang cedera kemudian mendapat bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir.

Menurut Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Hafiz Mohd. Shahid, pihaknya menerima panggilan pukul 2.49 petang sebelum lima anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba memberikan rawatan bantu mula atau first aided dan membawa mangsa turun dengan menggunakan junkin strecher agar mangsa mendapat rawatan selanjutnya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar untuk rawatan selanjutnya. Operasi tamat pukul 5.25 petang tadi,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE