Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang.

“Mangsa dikenali sebagai Sinaga Sastro Verhan berasal dari Medan, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan awal yang dijalankan oleh polis tidak menemukan sebarang unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - UTUSAN ONLINE