Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas mengalihkan ikan lumba-lumba yang tidak dapat dikenal pasti spesiesnya itu pada pukul 1.44 petang.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, mereka mendapati seekor ikan lumba-lumba berukuran 1.3 meter dalam keadaan masih hidup sedang terdampar di pantai.

“Pihak bomba kemudian bertindak mengusung ikan tersebut ke kawasan air yang dalam sebelum melepaskannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi yang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya itu tamat pada pukul 3.10 petang. - UTUSAN ONLINE