Menurut Zaleha Zainuddin, 25, sebelum itu berlaku hujan lebat disertai angin kencang sehingga menerbangkan beberapa keping zink selain kerosakan pada beberapa bahagian rumah.

"Saya buat pemeriksaan dan mendapati rumah saya telah mengalami kerosakan di bahagian bumbung, bahagian tengah rumah hingga ke belakang rumah," katanya ketika ditemui.

Berikutan itu, Pegawai Daerah Pontian, wakil Ahli Parlimen Tanjung Piai, ketua dan dua anggota Balai Polis Permas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Penghulu Mukim Ayer Masin dan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) melawat rumah mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Mustafa Bakri Salleh berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, bahagian kerosakan lain masih belum dilaporkan mangsa dan masih dalam siasatan.

"Orang kampung telah memasang semula bumbung yang tercabut sementara mendapat bantuan penggantian bumbung baharu dari Ahli Parlimen Tanjung Piai," katanya. - UTUSAN ONLINE