Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, batang konkrit itu yang diperbuat menggunakan campuran besi dan simen tidak mengenai pemandu atau penunggang motosikal lain.

Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Asmadi Abd. Aziz berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan.

“Polis akan mengambil tindakan terhadap pemandu treler berkenaan atas kesalahan kecuaian mengendalikan barang yang dibawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, treler tersebut yang dalam perjalanan ke Alor Gajah membawa lebih muatan dan mengaburi kesalahan itu dengan menutup batang konkrit dibawa menggunakan kain kanvas. - UTUSAN ONLINE