Pengerusi Jawatankuasa Ko­pe­­rasi, Keusahawanan dan Ke­peng­gunaan negeri, Datuk Seri Shahirud­din Ab. Moin berkata, ba­rangan berkenaan antaranya adalah beras, gula, kopi, minyak masak, susu bayi serta tepung.

Menurut beliau, penghantaran awal bagi mengelakkan kawasan luar bandar, pedalaman dan kawa­san berisiko banjir kehabisan be­kalan apabila terputus hubungan.

“Kerajaan Pahang telah mem­bu­at persiapan awal dengan menyimpan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa-mangsa ban­­jir. Bekalan tersebut dihantar ke pengkalan hadapan.

“Peniaga dibenar menyimpan bekalan yang lebih daripada biasa pada masa banjir dan tidak ada alasan lagi peniaga kehabisan bekalan atau menaikkan harga ba­rangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampai­an Anugerah Kecemerlangan Pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 Daerah Raub di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan pa­ra peniaga supaya lebih bertimbang rasa dan tidak menge­nakan caj yang mahal kepada pengguna pada musim banjir.

Dalam hal itu katanya, tindakan  tegas akan diambil ke atas mereka yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang tanpa sebarang kompromi.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, pihak kerajaan nege­ri telah menyediakan kawasan baru bagi penempatan kira-kira 280 mang­sa banjir kilat di beberapa bu­ah kampung sekitar daerah ini.