Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kesemua 28 penghuni rumah kebajikan berkenaan sedang berada di sekolah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian setelah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.42 petang.

Katanya, setibanya anggota di lokasi kebakaran, didapati api sedang marak di bilik asrama di tingkat dua bangunan empat tingkat itu.

"Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 30 peratus bilik asrama berkenaan termasuk perabot di dalamnya iaitu almari, katil dan sebahagian dinding bangunan.

"Kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan bagi memastikan api padam sepenuhnya dan tiada lagi sumber-sumber yang boleh mencetuskan kebakaran baharu," katanya.

Tambah beliau, operasi pemadaman kebakaran itu tamat sepenuhnya pada pukul 6.30 petang.-UTUSAN ONLINE