Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, tinjauan kebakaran telah dilakukan melalui udara menggunakan dron pasukan APM Bintulu pada pagi ini di lokasi terbabit.

"Hasil tinjauan di kawasan sama mendapati 3.6 hektar telah terbakar.

"Sehubungan itu, APM akan membuat tinjauan dari masa ke semasa bagi memastikan keadaan kawasan tersebut di dalam kawalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, usaha pemadaman kebakaran hutan serta tanah gambut di Kuala Baram dibahagikan kepada tiga sektor dengan sektor 1 dan 2 pemadaman dilakukan oleh bomba serta kakitangan sebuah syarikat korporat.

Manakala, sektor 3 dilakukan oleh pesawat Bombadier Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang membantu usaha pemadaman sejak 15 Ogos lalu- BERNAMA