Bagaimanapun, pesakit yang dibawa menaiki ambulans tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi ketika pemandu ambulans berusia 21 tahun itu dalam perjalanan menghantar pesakit dengan ditemani isterinya ke Hospital Putrajaya.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu ambulans gagal mengawal kenderaan seterusnya terbabas sendiri sehingga terlanggar pembahagi jalan. Keadaan jalan pada masa kejadian agak basah.

"Akibat kemalangan tersebut, pemandu ambulans dan isteri pesakit mengalami kecederaan ringan manakala pesakit tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE