Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan di sini malam ini memberitahu, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya untuk bot-bot kecil atau sebarang aktiviti rekreasi dan sukan laut.

"Selain itu hingga esok kawasan pantai Johor timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut," katanya sambil meminta orang ramai berwaspada dengan perkembangan tersebut.

Sementara itu, Ayub berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan membabitkan seramai 2,356 daripada 622 keluarga.

Jelas beliau, mereka semuanya ditempatkan di 39 buah pusat pemulihan di Segamat, Tangkak dan Muar. - UTUSAN ONLINE