Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, anak lelaki mangsa yang berusia 22 tahun mengalami kecederaan ringan.

KEADAAN pendingin hawa yang meletup di sebuah bangunan kedai di Kuala Pilah hari ini. - UTUSAN ONLIN
KEADAAN pendingin hawa yang meletup di sebuah bangunan kedai di Kuala Pilah hari ini. - UTUSAN ONLINE

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, mangsa yang dipercayai sedang menyelenggara pendingin hawa itu terjatuh dari ketinggian dua meter selepas letupan itu berlaku.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya. - UTUSAN ONLINE