Menurutnya, kali terakhir suaminya berkomunikasi dengannya adalah menerusi aplikasi whatsApp

“Arwah hantar gambar dia yang sedang bersiap sedia untuk pergi latihan. Waktu tu saya tidak dapat bercakap lama dengannya.

“Saya terima berita ini daripada kawan-kawan, mereka sahkan arwah telah meninggal dunia. Kali terakhir saya berjumpa dengannya lebih kurang seminggu yang lalu sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang untuk ke Sabah,” luahnya.

Hari ini, seorang pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia selepas dikatakan terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi.

Menurut sumber, Allahyarham, Mejar Zahir Armaya yang merupakan anak pelakon, AR Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.30 pagi tadi.

Katanya, Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.

Menurut Nourshafinar, dalam keadaan anaknya yang baru berusia enam bulan, dia merasakan ini dugaan berat buat mereka.

“Anak kami baru saja berusia enam bulan, saya sangat-sangat tak sangka bapanya pergi terlalu awal,”luahnya.

Mohd. Zahir meninggalkan Nourshafinar dengan seorang anak lelaki dan dua lagi anaknya, hasil perkahwinan terdahulu. - UTUSAN ONLINE