Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh selepas tiga hari dibuka terdapat 11 mangsa dari dua keluarga telah dibenarkan keluar dari Dewan Muhibbah, Merbau Kudung yang dijadikan pusat pemindahan itu semalam.

“Mangsa yang masih tinggal di pusat pemindahan terdiri daripada 24 lelaki, 18 perempuan, 15 kanak-kanak lelaki, 14 kanak-kanak perempuan serta tiga orang bayi.

“Dua orang petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditempatkan di pusat ini untuk memantau keadaan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah lagi pusat pemindahan iaitu Surau An Nur Kampung Tok Sani, Tasek Gelugor yang menjadi pusat pemindahan mangsa banjir ditutup hari ini.

“Kesemua 35 mangsa banjir dari tujuh keluarga telah dibenarkan pulang,” katanya. -UTUSAN ONLINE