Memetik laporan portal Utusan Borneo, kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu bagaimana tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah ketika dihubungi portal itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.44 pagi.

“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan dekat sini serta dua jentera termasuk dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak di tingkat bawah bangunan kedai tiga tingkat itu dan sudah 70 peratus musnah,” katanya.

Tambah Henderi, pihaknya mengalami sedikit kesukaran ketika melawan kebakaran kerana terdapat arus elektrik dan berusaha memadamkan kebakaran daripada merebak ke lot bersebelahan.

“Tindakan pantas anggota berjaya mengawal api kira-kira pukul 2.44 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pukul 4.13 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-UTUSAN ONLINE