Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Sebanyak 12 anggota bersama tiga ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba didapati empat pekerja terbabit yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an cedera akibat dihempap batu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, keempat-empat mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE