Dalam kebakaran kilang Keat Recycle Sdn. Bdn. itu, dua pekerja warga Pakistan dan seorang pekerja warga Bangladesh berusia anggaran 30 hingga 35 tahun melecur.

Berikutan itu seramai 19 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, BBP Kulai dan BBP Skudai dengan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Ketua Operasi, Penolong Pegawai Bomba Mohd. Fauzi Awang, semasa pihaknya tiba didapati kawasan tanah lapang di kilang tersebut terbakar dan masih bum merebak ke dalam kilang.

“Kejadian itu berlaku melibatkan longgokkan barangan kitar semula berkeluasan 0.5 ekar di kawasan tanah lapang sehingga 30 peratus.

“Barangan kitar semula iaitu tong gas cecair petroleum (LPG) dan tong gas untuk pendawaian. Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan kilang.

 

“Terdapat tiga pekerja warga asing cedera ringan iaitu melecur dan dihantar ke hospital di Kulai dengan menggunakan ambulan. Operasi tamat pukul 9.08 malam,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE