Kesemua mereka iaitu Fauzi Mohamad, 40, Muhammad Firdaus Mohd. Awalludin, 25, dan Mohd. Hafiz Abdul Rahim, 22, tiba kira-kira pukul 7 pagi ini di muara Terengganu sebelum dibawa ke jeti berkenaan.

Ketibaan mereka disambut Timbalan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Mohd. Yusoff Aman dan Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli.

Turut kelihatan pihak pengurusan resort tempat mangsa bekerja di Pulau Tenggol, Dungun serta rakan-rakan mangsa.

Ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans menuju hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga. - UTUSAN ONLINE