Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, hujan lebat telah mengakibatkan terowong berkenaan dinaiki air pada paras hampir satu meter.

Menurut sumber, ketiga-tiga kenderaan yang terperangkap bagaimanapun berjaya diselamatkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira pukul 5 petang ini selepas dimaklumkan oleh orang awam.

“Sepasukan anggota DBKL bersama dua jentera berada di lokasi berkenaan membantu mengeluarkan kereta yang terperangkap di kawasan terbabit.

“Air di terowong berkenaan bagaimanapun mula surut kira-kira pukul 6 petang ini,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE