Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi ketika ketiga-tiga mereka menaiki lori itu dari arah Ayer Keroh menghala ke Jasin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, salah seorang kelindan lori warga Nepal iaitu Ram Bahadur Chaudhary, 21, dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka akibat kecederaan parah di muka dan kepala.

"Dua lagi mangsa iaitu pemandu berusia 29 tahun cedera di kaki kiri dan badan manakala seorang lagi kelindan berusia lingkungan 20-an cedera di muka serta badan dan kedua-dua mereka mendapatkan rawatan di zon kuning hospital yang sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Hasan, lori itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta dua tiang lampu.

Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian ini mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE