Dalam kejadian pada pukul 3.10 pagi, pelajar yang memandu tersepit di tempat duduknya manakala dua rakannya maut apabila tercampak keluar dari kereta selepas dalam kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru, dekat sini.

Kemalangan antara Perodua MyVi dengan sebuah kereta pacuan empat roda dari arah Bandar Penawar ke Senai itu mengakibatkan Muhammad Irfan Danial Mohd. Saifuddin dan Fakrul Hariz masing-masing berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu Perodua MyVi, Ahmad Fadzil Abu Rahman, 19, tersepit di tempat duduk pemandu sementara pemandu pacuan empat roda berkenaan, Jathullah Jaswal Jack, 41, terselamat.

KEMALANGAN membabitkan sebuah kereta dinaiki tiga pelajar kolej dengan sebuah kenderaan pacuan empat

KEMALANGAN membabitkan sebuah kereta dinaiki tiga pelajar kolej dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda mengakibatkan dua terkorban di Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor, awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE/ IHSAN BOMBA

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Abd. Rahim Abd. Rani, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang cedera di serahkan ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar manakala yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

“Operasi tamat pukul 4.14 pagi. Punca kemalangan dan kematian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online. - UTUSAN ONLINE