Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi.

Sementara itu, portal antarabangsa Reuters melaporkan, pesawat tersebut terhempas

Jurucakap agensi pencari dan penyelamat Indonesia, Yusuf Latif berkata, pesawat Boeing 737 MAX 8 itu disahkan terhempas.

Bagaimanapun masih tidak jelas berapa ramai penumpang di dalam pesawat itu. - UTUSAN ONLINE