Dalam kejadian antara pukul 3.45 hingga 4.15 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kejadian dipercayai membabitkan 11 buah kampung dengan Kampung Kubang Tangga yang paling banyak terjejas.

"Sebanyak 55 buah rumah di kampung itu dilaporkan rosak teruk.

"Turut terjejas ialah 29 buah rumah di Kampung Pulau Musang di samping 24 rumah di Kampung Sungai Rengas, Kampung Padang Sena (20), Kampung Kuala Bedah (17), Kampung Padang Jerat (11), Kampung Kuala Bekah (7), Kampung Paloh Sungai Kiat (5), Kampung Pulau Rusa Hulu (4) dan Kampung Merbau Patah (satu)," katanya di sini hari ini.

Wan Sukairi berkata, jumlah kerosakan masih dalam penilaian dan kerja-kerja baik pulih kediaman yang rosak akan dilaksanakan segera selepas proses itu selesai.

"Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga akan melawat semua rumah mangsa terlibat dan menilai kerosakan serta melihat keperluan mangsa.

"Selain itu, kita juga akan melaporkan kepada pihak berwajib seperti pejabat daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terenganu untuk tindakan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE