Pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Razali Abd Kadir berkata, kebakaran pada pukul 1.30 petang itu melibatkan kawasan meletak motosikal di tingkat tiga bangunan tersebut.

“Seramai 18 anggota dari balai bomba Seremban bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dari orang awam.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami dapati api sedang marak dan telah memusnahkan 13 buah motosikal manakala tiga lagi turut rosak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Razali, punca kebakaran dan nilai kerugian akibat kebakaran itu masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - UTUSAN ONLINE