Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, setakat pukul 6 petang tadi, seramau 85 penduduk daripada 15 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua.

“Mereka terdiri daripada 26 lelaki dan 22 wanita dan masing-masing 17 kanak-kanak lelaki dan 17 kanak-kanak perempuan serta 2 bayi lelaki dan seorang bayi perempuan.

“Turut ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Muhibbah ini ialah empat warga emas terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki,” katanya di sini hari ini.

120 mangsa banjir masih menghuni dua pusat pemindahan
SEBAHAGIAN mangsa banjir di daerah Seberang Perai Utara (SPU) berbuka puasa di pusat pemindahan di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua, Pulau Pinang selepas rumah mereka dinaiki air sejak awal pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Sementara itu, Boon Poh berkata, seramai 35 mangsa banjir daripada tujuh keluarga juga masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan di Surau An Nur Kampung Tok Sani, Tasek Gelugor, di sini sehingga petang ini.

“Buat masa ini, kesemua mangsa yang dipindahkan diletakkan di bawah perhatian empat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu dua pegawai di setiap pusat pemindahan,” katanya. - UTUSAN ONLINE