Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh setakat pukul 4 petang ini, seramai 74 penduduk daripada 13 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, Sungai Dua.

“Seramai 11 mangsa banjir daripada dua keluarga yang menghuni Dewan Muhibbah sejak semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Boon Poh berkata, seramai 35 mangsa banjir daripada tujuh keluarga juga masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan di Surau An Nur Kampung Tok Sani, Tasek Gelugor di sini.

“Buat masa ini, kesemua mangsa yang dipindahkan diletakkan di bawah perhatian empat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu dua pegawai di setiap pusat pemindahan,” katanya. - UTUSAN ONLINE