Enam penuntut tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Turut dipanggil membela diri ialah 12 penuntut universiti sama yang didakwa mencederakan mangsa.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutusakan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh.

Seorang penuntut, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa.

Lima penuntut UPNM yang kini berada dalam reman, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin didakwa membunuh mangsa di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Abdoul Hakeem pula menghadapi pertuduhan bersubahat membunuh di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 109 akta sama yang turut membawa hukuman mati.

Kesemua enam tertuduh turut didakwa bersama-sama 12 lagi penuntut; Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 hingga pukul 5.30 pagi, 21 Mei 2017 dan di bilik 04-10, antara pukul 1.30 hingga 4.30 pagi, 22 Mei 2017. - UTUSAN ONLINE