Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut.

Mahkamah menetapkan 17 dan 18 Julai ini bagi sambung bicara peringkat bela diri terhadap selebriti tersebut. dan Farid Kamil memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Pada 16 Januari tahun lalu, Farid Kamil berdepan empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan-perkataan-perkataan kesat.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira pukul 1.20 petang, 11 Januari 2018. – UTUSAN ONLINE