Talak tersebut dilafazkan oleh Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, pada pukul 10.54 pagi tadi di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.

 

Penceraian tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

 

Selesai merekodkan lafaz talak rajie' tersebut, Hakim Che Abdullah memberitahu, anak usahawan tudung Fareeda itu perlu beridah selama tiga kali suci.

 

Pasangan itu diijabkabulkan pada November 2013 dan dikurniakan seoranga ank perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun. - UTUSAN ONLINE