Itu keterangan pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil, ketika ditanya peguam bela, Datuk Amirul Ridzuan Hanif pada hari pertama perbicaraan peringkat bela diri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Aktor filem Lagenda Budak Setan itu menjelaskan, rokok balut berkenaan diberikan kenalan yang baru diperkenalkan di sebuah gudang penggambaran di Ara Damansara milik rakan artisnya.

Pada 16 Januari tahun lalu, Farid Kamil berdepan empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan-perkataan-perkataan kesat.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira pukul 1.20 petang, 11 Januari 2018.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Arifin Hisham bersambung 23 dan 24 September ini. - UTUSAN ONLINE