Peguam Khairilazwar Khalil yang mewakili Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. itu memaklumkan perkara tersebut ketika kes berkenaan disebut di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Murtazadi Amran kemudian membenarkan permohonan pihak pembelaan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Disember ini.

Terdahulu Timbalan Pen­dak­­wa Raya, Datuk Raja Ro­­­­­ze­la Raja Toran yang me­ngen­dalikan pendakwaan mem­­­­beritahu mah­kamah, pi­hak­nya berse­dia untuk perbica­raan memandang­kan tertuduh masih kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Pada 13 Oktober lalu, Hasmiza, 45, yang lebih popular de­ngan panggilan Dr. Vida didakwa atas 16 pertuduhan gagal membayar GST berjumlah lebih RM4.2 juta dan 16 pertuduhan tidak mengemukakan penyata cukai tersebut sejak April 2015 sehingga Julai lalu.

Beliau didakwa melakukan semua pertuduhan tersebut di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak di sini pada 11 Februari, 1 Jun dan 22 September lalu.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 41(7) dan 41(6) Akta GST 2014 yang masing-masing mem­peruntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau ke­dua-duanya.

Mahkamah sebelum ini membenarkan Hasmiza dibebaskan dengan jaminan RM1.76 juta bagi kesemua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan miliknya perlu dise­rahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.