Danny Antoni, 28, kini mengaku tidak bersalah membuat pengakuan itu dihadapan Hakim M.M. Edwin Paramjothy.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah sepatutnya menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berasal dari Sarawak namun keputusan menarik balik pengakuan dimaklumkan oleh peguam bela tertuduh, Gabriel Soosai atas arahan anak guamnya itu pada saat akhir.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyaraf Md. Kamal memberitahu, mahkamah telah merekodkan sabitan terhadap tertuduh sebelum ini dan tidak sepatutnya lelaki berkenaan menarik balik pengakuannya.

Hakim bagaimanapun menjelaskan, perkara tersebut terletak kepada tertuduh sama ada mahu menarik balik pengakuan ataupun tidak.

Beliau kemudiannya menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE