Tertuduh, Mohd. Nizam Ramli, 42, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nazrin Ali Rahim.

Dia yang tidak bekerja didakwa secara sengaja mendatangkan kecederaan ke atas anak kandung lelakinya, Rayyan Hafiy, 7, dengan cara menumbuk dan menendang mangsa di muka, di sebuah rumah di Jalan Semabok, Jambatan Duyong di sini kira-kira pukul 7 pagi pada 28 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan hukuman dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE