Menerusi sebuah laporan di portal berita negara itu, artis kontroversi tersebut didakwa mencuri wang berjumlah RM909 (S$300) milik pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu, didakwa melakukan perkara itu di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road, Singapura antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 7 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, Aliff turut juga menghadapi tuduhan mencuri sekotak rokok dan pemetik api berjumlah RM47.29 (S$15.60) milik Gurwinder Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz didakwa melakukan kecurian terbabit pada 6 Ogos lalu pada pukul 4.45 pagi.

Malah, pelakon Halalkan Hati Yang Ku Curi itu dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 (S$5,000).

Mahkamah memutuskan tarikh 1 Oktober hadapan untuk menyambung semula perbicaraan. - UTUSAN ONLINE