Hakim Hasbullah Adam membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh Mohd. Sofi Abdul Rahman @ Yusoff, 30, Azman Ahmad, 29 dan Adzley Shah Adnan, 49.

Pada masa sama, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal untuk mengaitkan kesemua tertuduh terlibat dalam kes itu.

"Selepas membuat penelitian secara maksimum mahkamah membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan kesemua tertuduh daripada sabitan pendakwaan Seksyen 420 Kanun Keseksaan tanpa perlu membela diri," katanya. - UTUSAN ONLINE