Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid dan Hakim Mahyon Talib.

Di hadapan Emelia Kaswati, ibu mangsa berusia 51 tahun didakwa telah mengabaikan remaja berusia 13 tahun hingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan dalam otak hingga meninggal dunia.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 13 Januari lalu.

Sementara itu di hadapan Mahyon pula, bapa tiri mangsa turut didakwa mlakukan perbuatan sama pada tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-dua sekali. – UTUSAN ONLINE