Perkara tersebut dinyatakan Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, ketika ditanya oleh peguam bela, Datuk Haniff Hassan pada perbicaraan peringkat bela diri dengan keterangan bersumpah kandang saksi di Mahkamah Majistret di sini di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.

Terdahulu, Sofi Jikan yang merupakan ahli perniagaan memberitahu mahkamah, beliau menerima khidmat pesanan ringkas daripada seorang pegawai polis untuk hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberikan keterangan.

“Rakan perniagaan, Datuk Sharom yang pada ketika itu bersama saya membantu saya menghubungi pegawai polis berkenaan dan bersetuju untuk hadir bagi memberikan keterangan.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes Datuk Farid Kamil sebelum ini” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, beliau kemudiannya telah dibawa ke IPD Petaling Jaya bagi siasatan lanjut sebelum dikehendaki menjalani ujian air kencing sebelum dia dimaklumkan keputusan ujian tersebut.

“Saya tidak pernah mengambil apa-apa dadah termasuklah ganja. Cuma saya adalah perokok sosial dan ada rakan-rakan yang menghulurkan rokok kepada saya,” jelasnya.

Hakim kemudiannya menetapkan 31 Julai ini sebagai tarikh keputusan kes berkenaan.

Pada 13 Februari tahun lalu, Sofi mengaku mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan memasukkan dadah jenis THC yang mana perbuatan itu dilakukan di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari 2018.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE