Itu kata pelakon drama bersiri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd. Famir ketika ditemui pemberita di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas sebutan permohonan cerainya terhadap suaminya, Mohammad Hykal Zulkifli, 37.

Lebih mesra disapa dengan panggilan Nina, 36, pelakon itu memberitahu permohonan cerai itu difailkan pada Ogos lalu dan merupakan permohonan kali ketiga. Dua permohonan sebelum ini ditarik semula.

“Sebagai suami isteri kami tiada masalah berbangkit cuma perlu memperbaiki hubungan yang sedia ada. Malah kami masih sebumbung dan turut tinggal bersama ahli keluarga,” katanya di sini.

Terdahulu, prosiding kes pasangan dilakukan di kamar hakim di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mutaqqi Ismail.

Permohonan itu difailkan Nina mengikut Sesyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah persekutuan) 1984. - UTUSAN ONLINE