Hakim Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian selepas mendapati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang termaktub dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Forum SIS (Malaysia) pada 31 Oktober 2014 memfailkan permohonan bagi memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS itu yang menyatakan, organisasi itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang kononnya “berpegang dengan fahaman liberalisme dan pluralisme agama” sebagai “sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam”.

Pihak pemohon juga memohon perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa dan MAIS melalui fatwa tersebut yang mengarahkan sekatan dibuat ke atas laman-laman sosial adalah bercanggah dengan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka antara lain memohon perisytiharan iaitu keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS melalui fatwa itu adalah ultra-vires (melampaui batasan undang-undang). - UTUSAN ONLINE