Perintah itu dibuat Hakim Syarie Ahmad Mutaqqi Ismail selepas Sharnaaz, 34, tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang difailkan Noor Nabila, 35, pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Difahamkan, Nabila dalam tuntutan perceraian memberikan alasan selain tiada kesefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Sharnaaz didakwa tidak memberi nafkah yang mencukupi sebanyak RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Mahkamah menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes dan lantikan JKP. - UTUSAN ONLINE