Perintah arah tutup itu dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd. Noor terhadap Lavino Home Centre Sdn. Bhd. yang diwakili penghuni premis, Lee Eng Kuan, 36.

Mengikut perintah tutup yang difailkan JBPM Perak, Lavino Home Centre Sdn. Bhd. dikenal pasti tidak mematuhi kehendak-kehendak Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran yang dikeluarkan kepada premis berkenaan pada 19 April 2018.

Kegagalan premis itu berbuat demikian akan menyebabkan ancaman kepada nyawa dan harta benda yang berada di premis tersebut selain menganggu JBPM dalam menjalankan tugas sekiranya berlaku kebakaran.

Kesalahan tersebut dilakukan di premis berkenaan yang beralamat di 27, 29, 31 dan 33 Jalan Tawas Damai, Taman Tawas Idaman di sini.

Perintah tutup mengikut Seksyen 13(2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 itu difailkan Pendakwa Raya JBPM Perak, Zainnuddin Mat Daud manakala Eng Kuan pula tidak diwakili peguam.-UTUSAN ONLINE