Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd. Saad ketika pengurusan kes di kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Hasanah dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhd Ilmami Ahmad.

Mohd. Khairul Azam ketika ditemui pemberita berkata, permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

“Pihak kami tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan oleh pihak pendakwaan itu,” katanya.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) didakwa telah melakukan pecah amanah ke atas wang sebanyak AS$12.1 juta (RM50.43 juta) milik kerajaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, JPM, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 30 April dan 9 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lalu di pejabat ketua pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya. - UTUSAN ONLINE.