Tertuduh, Norhayati Iskar, 37, yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Segamat, mengaku bersalah, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dengan tiada balasan daripada pemilik Syarikat SA Affandi Enterprise, Syed Azrol Affandi Syed Rahmad, yang diketahui menjadi pembekal perkhidmatan bagi Liga Sukan Untuk Semua Daerah Segamat 2015.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, pada Oktober 2015.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah agar mengurangkan hukuman dengan alasan dirinya sudah insaf dan mahu menjadi manusia yang baik.

Hakim kemudiannya menasihatkan tertuduh dan masyarakat supaya menjadikan kesalahannya ini sebagai iktibar. - UTUSAN ONLINE