Hukuman terhadap Chow Mun Fai, 30, diperintahkan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 6 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia menggunakan aplikasi Twitter menerusi akaunnya membuat kenyataan yang mungkin mengapi-apikan kaum Melayu dengan bukan Melayu pukul 8.07 pagi, 13 Februari lalu yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa dengan tiga pertuduhan lain iaitu memuat naik hantaran yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam di laman media sosial yang sama pukul 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lepas.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika disabitkan kesalahan.

Lelaki itu turut didakwa atas empat pertuduhan menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui aplikasi, tarikh dan waktu yang sama mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama. - UTUSAN ONLINE