Mengikut pertuduhan, pemandu lori, Chin Chee Aun, 48, didakwa melonggokkan sisa pepejal pembinaan tanpa kebenaran di tanah simpan sungai beralamat di Jalan PK 23, Kawasan Perindustrian Krubong lebih kurang pukul 1.05 tengah hari, 21 Julai 2017.

Peniaga barang lusuh, Chua Eng Kit didakwa melonggokkan sisa pepejal pembinaan tanpa kebenaran di tanah milik orang perseorangan beralamat di Lot 556, Mukim Krubong lebih kurang 1.20 tengah hari pada 24 Julai 2017.

Kedua-dua individu terbabit didakwa mengikut seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 71(8) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RN100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwaan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Perbersihan Awan (SWCrop) Negeri Melaka, Abd. Hadi Abd. Wahab dan Siti Adora Rahtimin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Mohammad Aqmal Abu Bakar.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM10,000 kepada kedua-dua tertuduh dan penjara lima bulan jika gagal bayar denda. - BERNAMA