Azrin Ali, 39, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan cara menyimbah cat berwarna ungu di pintu Masjid Tengkera, Jalan Tengkera di sini kira-kira pukul 5.50 pagi pada 19 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Nazrin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan dia dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru di Johor untuk pemeriksaan kesihatan mental. - UTUSAN ONLINE